Sabtu, Mei 16, 2009

PROGRAM ZIARAH DAN LAWATAN KE UZBEKISTAN


UNTUK MAKLUMAN!!! PENDAFTARAN TELAH DITUTUP PADA 18 MEI, 2009 PESERTA YANG TERLIBAT ADALAH SERAMAI 72 ORANG.

Berita Terkini: "Perjumpaan Rombongan Uzbekistan"

Tarikh/Hari: 29hb Mei, 2009, Jumaat (Solat Maghrib Berjemaah)

Tempat: Dewan BUDI C25, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang

Keperluan : Sila bawa RM4,390.00 baki bayaran pakej atau bank in ke akaun MOHD MANSUR GUNASAGIR BIN ABDULLAH CIMB 0812-0067076-52-5

Pertanyaan : 012-5102132

PROGRAM ZIARAH KE UZBEKISTAN bersama SHAIKH DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI

untuk mengenali dan memahami secara lebih dekat sila lawati: http://en.wikipedia.org/wiki/Uzbekistan dan http://www.myphotographs.net/uzbekistan/uzbekistan.html

17 JUN 2009 KUL/TAS 2235/0310+1

18 JUN 2009 TAS/BHK 0730/0915

24 JUN 2009 TAS/KUL 1035/2105

Harga Pakej RM4,990.00 seorang

sila hubungi Tuan Hj Mansur di talian 012-5102132

  1. Bilik Berkongsi 2
  2. 2 malam di Hotel Markazly Tashkent 4 bintang
  3. 2 malam di Hotel Semurg Bukhara 3 bintang
  4. 2 malam di Hotel Constatine Samarkhand 3 bintang
  5. Makanan/Air mineral
  6. Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi
  7. Tips Pemandu Pelancong dan Pemandu Bas
  8. Visa
  9. Airport Tax
  10. Tidak termasuk Insuran perjalanan, makanan & minuman tambahan dan bil peribadi dari bilik hotel

Syarat & Terma

  1. Deposit RM600.00
  2. Fotostat pasport bersama surat pengesahan jawatan 2 minggu sebelum berlepas
  3. Tidak perlu bagi pesara, suri rumah dan penuntut
  4. Pasport Asal (Sah laku 6 bulan sebelum berlepas)
  5. Borang permohonan visa, gambar ukuran pasport hendaklah diserahkan 10 hari sebelum berlepas.
  6. Wang sebanyak RM600.00 akan dikenakan jika membatalkan perjalanan 7 hari sebelum berlepas

Ahad, Mei 03, 2009

Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah


Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah 

Kota Bharu 14 Mei - Jabatan Mufti telah mengadakan satu Program Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah pada 12 hingga 14 Mei 2006. Objektif program ini ialah untuk menjelaskan fungsi dan peranan anggota Jilsah Turuq Sufiyyah berikutan perlaksanaan Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan ) 2006. Ia juga bertujuan untuk memperincikan fungsi anggota ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri berikutan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama islam (Negeri Sembilan) 2003. Objektif lain ialah untuk mempertemukan anggota Jawatankuasa Fatwa dengan anggota Jilsah Turuq Sufiyyah di samping untuk melihat perkembangan Tarekat Ahmadiah di Kelantan.
   
Antara anggota Jilsah Turuq Suffiah yang dijemput termasuklah Y.Bhg Dato' Mohd Yusof b Haji Ahmad (Ahli Majlis agama islam Negeri sembilan), Y.Bhg Dr. Uthman El-Muhammadi, Y.Bhg Dr. Jahid Sidek (Bekas pensyarah UM), Y.Bhg Dr. Sulaiman Bin Ibrahim Al-Baruhi (pensyarah UKM) dan Y.Bhg Dr. Abd Manam b Mohammad (pensyarah Universiti Darul Iman, Terengganu). Manakala Ahli Jawatankuasa Fatwa yang hadir ialah Y.Bhg Dato' Borhan b Hashim, Y.Bhg Ustaz Jamil b Abd Wahab, Y.Bhg Ustaz Ahmad Labib b. Haji Mohd Yusof, Y.Bhg Ustaz Mohd Zaidi b. Ramli dan Y.Bhg Ustaz Abd Manas b. Md Isa. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.B Pn. Ilani bte Mohamed Ibrahim (Penasihat Undang-undang Negeri).
Sementara pegawai-pegawai kanan kerajaan yang turut serta ialah Y.Bhg En Selamat bin Paigo (Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan) dan Y.Bhg En. Kamal Amran bin Kamarudin (Pemangku Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus).

Selain itu, turut diadakan Majlis Penyerahan Tauliah kepada anggota Jilsah Turuq Sufiyyah. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Y.B S.S Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohd Murtadza b. Hj. Ahmad . 

Pada majlis ini, beberapa kertas kerja dibentangkan. Antaranya ialah Masa Depan Tarekat di Negeri Sembilan yang telah dibentangkan oleh Y.Bhg Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Enakmen Tarekat Tasawwuf : Fungsi Pendaftar, Jilsah Turuq Sufiyyah, Jawatankuasa Fatwa dan Syeikh Tarekat Tasawwuf oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Zaki b Haji Hamzah dan Senarai Kesalahan di dalam Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2006 oleh Ustaz Mohd Fadzil b Haji Abu Kassim (Ketua Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JHEAINS)
http://www.ns.gov.my/mufti/index.php?option=com_content&task=view&id=90&Itemid=2

Mengimbau Seminar Tasawwuf 2007

24 Disember 2007, Seremban – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan pada 12 Zulhijjah bersamaan 22 Disember 2007 lalu. Pada seminar yang bertempat di Allson Klana Resort ini, DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan menyampaikan titah perasmian sempena perasmian pembukaan seminar..

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YTM Dato' Undang Luak Jelebu, YTM Dato' Undang Luak Johol dan YTM Dato' Undang Luak Rembau. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato' Lilah bin Haji Yasin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Haji Norzam bin Mohd Nor juga turut serta menyerikan lagi majlis perasmian seminar ini. Tetamu undangan yang lain termasuklah Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato'-Dato' Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

DYMM Tuanku Yang DI-Pertuan Besar turut berkenan melancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri bertajuk Bahjah An-Nufus yang telah ditahqiqkan oleh Y. Bhg Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.

Tema seminar kali ini ialah "Tarbiyah Ruhiyyah Asas Kesatuan Ummah" yang menekankan aspek penyucian jiwa di kalangan masyarakat hari ini dalam membendung masalah-masalah sosial yang dihadapi dewasa ini. Objektif seminar antara lain ialah untuk mengetengahkan konsep Tarbiyah Ruhiyyah sebagai asas kesejahteraan masyarakat dan kesatuan ummah di samping memperkenalkan kaedah pendidikan jiwa melalui disiplin yang terdapat di dalam amalan tarekat tasawwuf dalam membanteras masalah sosial.

Peserta yang hadir seramai lebih 400 orang telah di sajikan dengan pembentangan ucaptama yang bertajuk " Tarbiyyah Ruhiyyah Asas Kesatuan Ummah" oleh Y.Bhg Prof Dr. Zakaria B. Stapa, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM. Pembentangan kertas kerja bertajuk " Enakmen Tarekat Tasawwuf : Satu Penjelasan " telah dibentangkan oleh S.F Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli iaitu Timbalan Mufti Kerajaan Negeri. Pembentangan disambung oleh Mantan Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Jahid bin Hj. Sidek dengan tajuk " Penyakit-penyakit hati : Punca dan Kaedah Rawatan Menurut Prinsip Tasawwuf ”.

Kertas kerja bertajuk " Peranan Penyucian Jiwa Terhadap Pembangunan Insan Dalam Masyarakat Bertamaddun " telah dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Zarrina Binti Saari dari Jabatan Aqidah dan Pemikiran, Universiti Malaya. Pembentangan terakhir telah disampaikan oleh Dr. Abd. Manam bin Mohammad, Pensyarah Universiti Darul Iman dengan kertas kerja bertajuk " Bina Insan Menerusi Kaedah Spiritual : Satu Tinjauan Terhadap Pendekatan Inabah dalam Memulihkan Penagih Dadah dan Menangani Krisis Moral Remaja ".

Seminar yang berakhir pada pukul 5.30 petang ini diharapkan dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada para peserta dalam usaha menengani gejala sosial yang melanda masyarakat kini.
http://www.ns.gov.my/mufti/index.php?option=com_content&task=view&id=231&Itemid=2