Sabtu, Mac 28, 2009

KHASIAT BUAH NONA


Mari kita lihat khasiat buah dan pokok nona ini...

Jumaat, Mac 27, 2009

ZIARAH ULAMA' MESIR 2007

Jemputan Majlis Maulidur Rasul di Rumah Shaikh Muhammad bin Muhammad Amin al-Kurdi, Hakim Darul Qudho. Jamuan makanan arab, subhanallah... best!!!
Bergambar bersama Shaikh Muhammad bin Muhammad Amin al-Kurdi
YDP BUDI Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi bersama rombongan Ziarah ke Pejabat Mufti Negara Mesir, Shaikh Muhammad 'Ali Jumaah, Mufti Negara Mesir mengijazahkan semua buku dan tulisannya kepada ahli rombongan.

ADAB ADALAH MERUPAKAN SYARAT PENTING UNTUK MENCARI ILMU DAN BERGURU DALAM ISLAM


Adab syarat penting cari ilmu, berguru dalam Islam

Wan Roslili Bt. Abd. Majid
Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

19/05/2005 Berita Harian


GURU atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu. Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya.

Kelebihan guru dan pendidik sering dibicarakan hingga pujangga turut mengibaratkan guru seperti bintang di langit yang menerangi kegelapan di laut dan di darat. Justeru, seseorang pengembara dikatakan akan tersesat jalan apabila bintang menghilang.

Demikian juga ibaratnya kehidupan manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan. Lalu, akhirnya tersesat jalan.

Secara ringkas, antara sebab guru wajib dimuliakan kerana;

Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18)

Kedua, yang mewajibkan kita menghormati guru kerana mereka memiliki kebijaksanaan. Seperti dimaklumkan, manusia dapat mengendalikan hidupnya dengan sempurna berdasarkan keimanan dan kebijaksanaan. Begitu dengan guru.

Dengan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.

Ketiga, guru menyumbang bakti yang sangat besar. Jasa guru terlalu besar hingga tidak terungkap oleh kata-kata.

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama seperti hidup dalam kegelapan. Ibarat nur, ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin, guru membakar diri, menerangi kegelapan.

Sejarah membuktikan bahawa manusia berjaya mencapai kegemilangan menerusi ilmu dan kebijaksanaan. Demikian seterusnya dengan teknologi baru hari ini yang dicipta berdasarkan kedua-dua elemen itu, di samping kemahiran yang dimiliki.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 66-82 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu.

Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu.

Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru.

Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya (ilmu ladunni iaitu ilmu yang dikhususkan untuk hamba Allah yang salih dan terpilih saja).

Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika.

Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya.

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-

Merendah diri terhadap guru.

Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

LAWATAN BUDI KE BASILAM MEDAN SUMATERA INDONESIA

 
Gambar diambil ketika ziarah kali pertama pada tahun 1997
YDP BUDI Shaikh Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi bergambar bersama Pengganti al-Marhum Shaikh Abdul Wahab Babussalam iaitu Shaikh Hisham Syirwani

Peserta Rombongan 44 orang Bergambar Di Madrasah Shaikh Abdul Wahab Babussalam Langkat Sumatera Indonesia

Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi bersama 44 orang muridnya telah menziarahi dan melawati Madrasah dan Maqam Shaikh Abdul Wahab Babussalam Langkat buat kali ke 3. 

5hb Julai, 2008 (Sabtu) 
8:10 am Bertolak ke Medan dari Lapangan Terbang 

Ziarah dan Lawatan Ke Sekitar Madrasah 

Ziarah Tuan Guru 

Menginap di Hotel Medan 

Melawat di Sekitar Medan 

6hb Julai 2008 
10:20 pm Tiba ke Malaysia

Lawatan ini adalah merupakan lawatan kali ke 2 bagi ahli Persatuan Kebajikan Bina Budi. Lawatan kali pertama ialah ketika masih hidupnya al-Marhum Shaikh Anas.

SEMINAR PERUBATAN ISLAM & PENGHAYATAN TASAWWUF 2007 DALAM KENANGAN

Seminar Perubatan Islam & Tasawwuf
Anjuran : Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan
Jawatankuasa Penghuni Dewan Abbasiah Kaherah

Dengan Kerjasama : Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yayasan Pahang & Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir
Tarikh : 25 & 26 Mac 2007 Masa : 4.00 petang hingga 9.00 malam
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah Mesir
Jumlah Penyertaan : 400 orang peserta dan 40 Ahli BUDI

Sebahagian Barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur Bergambar Kenangan Di Atas Pentas

Penceramah Utama Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi (berada di tengah-tengan) Dan di sebelah kiri Warden Dewan Abbasiah dan yang di sebelah Kanan YBhg Dr Fakaruddin Mukhti daripada Jabatan Penuntut Malaysia.

DOA IMAM AL-GHAZALI

Yang DiPertua BUDI Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi pernah berkata sangat elok kalau dihafal dan diamalkan doa ini... Semoga semua pengunjung blog ini boleh menghafal dan mengamalkannya:

Terjemahannya:

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu nikmat yang paling sempurna, dan pemeliharaan yang paling kekal, dan rahmat yang paling menyeluruh, dan afiat yang paling berhasil, dan kehidupan yang paling senang, dan umur yang paling bahagia, dan ihsanMu yang paling sempurna, dan nikmatMu yang paling menyeluruh, dan kelebihanMu yang paling sedap dan lemah lembutMu yang paling dekat. Ya Allah, jadilah Engkau sentiasa pembela kami, bukan penghukum ke atas kami.”

“Ya Allah, habiskanlah ajal kami dengan kebahagiaan, dan berikanlah kepada kami yang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringkanlah pagi dan petang kami dengan keafiatan, dan jadikanlah kesudahan kami dan kemuncak cita-cita kami untuk mendapat rahmatMu. Dan tuangkanlah hujan yang lebat daripada kemaafanMu ke atas dosa-dosa kami, dan sentiasalah Engkau memberi nikmat kepada kami dengan membaikkan segala keaiban kami dan jadikanlah takwa itu sebagai bekalan kami, dan jadikan pula kesungguhan kami dalam memperjuangkan agamaMu dan jadikanlah tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Engkau”.

“Ya Allah, tetapkanlah kami berada di atas jalan istiqamah, dan lindungilah kami di dunia ini daripada mengerjakan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari kiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakan kepada kami kehidupan hamba-hambaMu yang baik-baik dan jauhkan kami segala kejahatan orang-orang yang jahat dan lepaskanlah leher kami dan leher ibubapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki dan perempuan daripada belenggu api neraka. Semuanya itu dengan berkat rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Mengampuni dan Maha Pemurah lagi menutupi keaiban kami, wahai Tuhan yang Mengetahui dan Maha Perkasa. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, dengan RahmatMu wahai Tuhan yang lebih Pengasih daripada segala yang pengasih, wahai Tuhan yang dahulu daripada segala yang terdahulu, wahai Tuhan yang kemudian daripada segala yang kemudian, wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh, wahai Tuhan yang sangat Mengasihi orang-orang yang miskin dan Tuhan yang terlebih kasih sayang daripada segala orang yang kasih saying, tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk di kalangan orang yang menzalimi dirinya sendiri.”

Isnin, Mac 23, 2009

PETA KE PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH


Kepada sesiapa yang ingin ke Pusat Rawatan Islam MANARAH sila rujuk peta ini mudah-mudahan boleh membantu

EXPOSE MISTIK - Pusat Rawatan Islam MANARAH

Part 1



Part 2

SEKITAR GAMBAR SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2008

Pihak Biro Dakwah, Seminar & Latihan, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah berjaya menganjurkan beberapa siri Seminar Perubatan Islam (SEPIM) pada tahun 2008 di beberapa buah lokasi dan tempat. Antaranya Masjid Jumhuriah Taman Dato' Harun dan Masjid al-Falah USJ 9. Berikut gambar yang sempat dirakamkan....
 Penceramah Utama Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi yang menyampaikan Kertas Kerja di dalam Seminar tersebut.

Sebahagian Peserta Muslimin di SEPIM Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya Selangor

Sebahagian Peserta Muslimah di SEPIM Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya Selangor

Masjid Jumhuriah Taman Dato' Harun juga menganjurkan bersama SEPIM di Dewan Masjid Lamanya.



Khamis, Mac 19, 2009

MAJALAH ANIS - SAKA




SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2009


MUQADDIMAH

SEMINAR ini mengandungi perbincangan dan penerangan mengenai perubatan dan rawatan secara Islam dan mengikut petunjuk dan amalan Rasulullah SAW (Tibb an-Nabawi). Ia juga menekankan kepentingan penjagaan Aqidah Islamiah dan berpegang teguh dengannya terutama dalam usaha dan ikhtiar merawat dan mengubati pelbagai penyakit yang dialami. Menjauhi amalan syirik dan khurafat juga dibincangkan dengan terperinci di dalam tajuk Methodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam itu sendiri.

SEMINAR ini juga membincangkan Jin atau Syaitan hubungannya dengan pelbagai kesihatan manusia. Turut dibincangkan berkaitan sihir dan saka serta ciri-cirinya, kaedah rawatan dan bagaimana menguatkan atau membenteng diri daripada gangguan dan kejahatan syaitan dan jin. Seminar juga memperkenalkan satu Kaedah Perubatan atau Rawatan Refleksologi Islam yang boleh dijadikan kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit. Seminar juga akan memberikan peluang soal jawab dalam berbagai isu dan permasalahan yang berkaitan, bagi memantapkan lagi kefahaman pesarta.

OBJEKTIF

1. Memberikan penekanan kepada seluruh masyarakat Islam tentang peri pentingnya memelihara Aqidah dan berpegang teguh dengannya dalam usaha merawat, mengubati atau menyelesaikan pelbagai jenis penyakit, masalah dan musuh yang terdiri daripada syaitan dan sekutunya.
2. Menyedarkan peserta khasnya dan masyarakat Islam umumnya berhubung bahaya terhadap Aqidah dan Syariat serta kesan buruk terhadap kepercayaan amalan perbomohan dan perkara khurafat dalam kehidupan.
3. Menyakinkan peserta dan masyarakat Islam akan kepentingan meningkatkan iman, ilmu dan amalan saleh sebagai usaha menjauhi kemungkaran, kebatilan serta kejahatan Syaitan dan sekutunya.
4. Bekerjasama dengan pelbagai pihak di semua lapisan dan peringkat dalam penganjuran aktiviti dakwah, majlis ilmiah dan program pengislahan masyarakat serta modal insan.
5. Memberikan peserta mengenali dan memahami ciri-ciri kesesatan dan kebatilan dalam perubatan tradisional masyarakat melayu dan perubatan alternatif serta berusaha menjauhinya.
6. Berusaha mengajak umat Islam agar memikirkan agenda dan kaedah memajukan serta mengislahkan generasi muda agar mereka terhindar daripada amalan sesat dan batil.
7. Memperkenalkan satu Kaedah Rawatan atau Perubatan Refleksologi Islam sebagai alternatif rawatan pelbagai jenis penyakit dan gangguan.


ANJURAN

Jabatan Kerajaan, Swasta, Masjid, Surau, Kilang & Badan Kebajikan

DENGAN KERJASAMA

Biro Dakwah, Kursus Dan Seminar,
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

TARIKH, HARI & MASA

Sabtu atau Ahad Minggu ke 2 atau ke 3.
8.00 am hingga 1.00 pm

TEMPAT

Dewan Kuliah Utama/Dewan Solat/Bilik Seminar/Kelas


TEMA

“Menjauhi Amalan Syirik Dan Memelihara Aqidah Dalam
Usaha Merawat Dan Mengubati Pelbagai Penyakit”

PENCERAMAH

YANG BERBAHAGIA TUAN GURU DR HJ JAHID
BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
· Mantan Pensyarah, Jabatan Pengajian Islam FSSS, UMKL
· Mantan Pensyarah, Jabatan Aqidah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya APIUMKL
· Pengasas, Pusat Rawatan Islam MANARAH (Pengalaman selama 18 tahun)
· Ahli Majlis Turuq Sufiyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan

TAJUK-TAJUK KERTAS KERJA

1. Kaedah Perubatan Refleksologi Islam.
2. Jin Atau Syaitan: Hubungannya Dengan Pelbagai Gangguan Kesihatan Manusia.
3. Methodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam
4. Menurun: Kebenarannya Menurut Islam
5. Sihir: Ciri-Cirinya, Kaedah Rawatan Dan Amalan Pendinding
6. Saka: Kesannya Dan Cara Merawatnya
7. Kombinasi Pukulan, Zikrullah Dan Doa: Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Penting


TENTATIF PROGRAM

08.00 am – 08.15 am : Pendaftaran Peserta
08.15 am – 08.30 am : Perasmian Seminar
08.30 am – 10.00 am : Pembentangan KERTAS KERJA 1
10.00 am – 10.15 am : Rehat & Jamuan Ringan
10.15 am – 11.45 am : Pembentangan KERTAS KERJA 2
11:45 am – 12:15 pm : Sesi Soal Jawab
: Bersurai

PENUTUP

SEMOGA seminar ini akan memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya menambah ketaqwaan dan keinsafan serta keilmuan dalam urusan rawatan atau pencegahan terhadap pelbagai penyakit zahir mahupun batin. Ia juga merupakan pengiktirafan dan sumbangan Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi (BUDI) dalam pentas penyebaran dakwah Islamiah dan pembangunan modal insan di dalam masyarakat arus perdana. Pihak BUDI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar ini, khususnya pihak penganjur bersama yang berusaha gigih untuk merealisasikan apa yang dirancangkan.

Dengan harapan agar kerjasama ini akan membuahkan hasil yang positif dalam menyambung pelbagai aktiviti dan seminar yang lebih berkualiti. Kemaafan dipohon jika wujud kelemahan dan kekurangan dalam kerjasama ini. Semoga seminar ini mencapai objektif dan matlamatnya. Semoga Allah SWT memberikan keredhaanNya atas usaha/kerjasama ini.
Sebagai kesinambungan kerjasama berterusan, pihak kami juga menawarkan Seminar Penghayatan Tasawwuf.

Disediakan oleh:

USTAZ MOHD ABADI BIN AMIR
Pengerusi Biro Dakwah, Kursus & Seminar
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (Budi)
019-388 8083 email: dakwah.budi@gmail.com