Khamis, Mac 19, 2009
SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2009
MUQADDIMAH
SEMINAR ini mengandungi perbincangan dan penerangan mengenai perubatan dan rawatan secara Islam dan mengikut petunjuk dan amalan Rasulullah SAW (Tibb an-Nabawi). Ia juga menekankan kepentingan penjagaan Aqidah Islamiah dan berpegang teguh dengannya terutama dalam usaha dan ikhtiar merawat dan mengubati pelbagai penyakit yang dialami. Menjauhi amalan syirik dan khurafat juga dibincangkan dengan terperinci di dalam tajuk Methodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam itu sendiri.
SEMINAR ini juga membincangkan Jin atau Syaitan hubungannya dengan pelbagai kesihatan manusia. Turut dibincangkan berkaitan sihir dan saka serta ciri-cirinya, kaedah rawatan dan bagaimana menguatkan atau membenteng diri daripada gangguan dan kejahatan syaitan dan jin. Seminar juga memperkenalkan satu Kaedah Perubatan atau Rawatan Refleksologi Islam yang boleh dijadikan kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit. Seminar juga akan memberikan peluang soal jawab dalam berbagai isu dan permasalahan yang berkaitan, bagi memantapkan lagi kefahaman pesarta.
OBJEKTIF
1. Memberikan penekanan kepada seluruh masyarakat Islam tentang peri pentingnya memelihara Aqidah dan berpegang teguh dengannya dalam usaha merawat, mengubati atau menyelesaikan pelbagai jenis penyakit, masalah dan musuh yang terdiri daripada syaitan dan sekutunya.
2. Menyedarkan peserta khasnya dan masyarakat Islam umumnya berhubung bahaya terhadap Aqidah dan Syariat serta kesan buruk terhadap kepercayaan amalan perbomohan dan perkara khurafat dalam kehidupan.
3. Menyakinkan peserta dan masyarakat Islam akan kepentingan meningkatkan iman, ilmu dan amalan saleh sebagai usaha menjauhi kemungkaran, kebatilan serta kejahatan Syaitan dan sekutunya.
4. Bekerjasama dengan pelbagai pihak di semua lapisan dan peringkat dalam penganjuran aktiviti dakwah, majlis ilmiah dan program pengislahan masyarakat serta modal insan.
5. Memberikan peserta mengenali dan memahami ciri-ciri kesesatan dan kebatilan dalam perubatan tradisional masyarakat melayu dan perubatan alternatif serta berusaha menjauhinya.
6. Berusaha mengajak umat Islam agar memikirkan agenda dan kaedah memajukan serta mengislahkan generasi muda agar mereka terhindar daripada amalan sesat dan batil.
7. Memperkenalkan satu Kaedah Rawatan atau Perubatan Refleksologi Islam sebagai alternatif rawatan pelbagai jenis penyakit dan gangguan.
ANJURAN
Jabatan Kerajaan, Swasta, Masjid, Surau, Kilang & Badan Kebajikan
DENGAN KERJASAMA
Biro Dakwah, Kursus Dan Seminar,
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
TARIKH, HARI & MASA
Sabtu atau Ahad Minggu ke 2 atau ke 3.
8.00 am hingga 1.00 pm
TEMPAT
Dewan Kuliah Utama/Dewan Solat/Bilik Seminar/Kelas
TEMA
“Menjauhi Amalan Syirik Dan Memelihara Aqidah Dalam
Usaha Merawat Dan Mengubati Pelbagai Penyakit”
PENCERAMAH
YANG BERBAHAGIA TUAN GURU DR HJ JAHID
BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
· Mantan Pensyarah, Jabatan Pengajian Islam FSSS, UMKL
· Mantan Pensyarah, Jabatan Aqidah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya APIUMKL
· Pengasas, Pusat Rawatan Islam MANARAH (Pengalaman selama 18 tahun)
· Ahli Majlis Turuq Sufiyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan
TAJUK-TAJUK KERTAS KERJA
1. Kaedah Perubatan Refleksologi Islam.
2. Jin Atau Syaitan: Hubungannya Dengan Pelbagai Gangguan Kesihatan Manusia.
3. Methodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam
4. Menurun: Kebenarannya Menurut Islam
5. Sihir: Ciri-Cirinya, Kaedah Rawatan Dan Amalan Pendinding
6. Saka: Kesannya Dan Cara Merawatnya
7. Kombinasi Pukulan, Zikrullah Dan Doa: Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Penting
TENTATIF PROGRAM
08.00 am – 08.15 am : Pendaftaran Peserta
08.15 am – 08.30 am : Perasmian Seminar
08.30 am – 10.00 am : Pembentangan KERTAS KERJA 1
10.00 am – 10.15 am : Rehat & Jamuan Ringan
10.15 am – 11.45 am : Pembentangan KERTAS KERJA 2
11:45 am – 12:15 pm : Sesi Soal Jawab
: Bersurai
PENUTUP
SEMOGA seminar ini akan memberikan impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya menambah ketaqwaan dan keinsafan serta keilmuan dalam urusan rawatan atau pencegahan terhadap pelbagai penyakit zahir mahupun batin. Ia juga merupakan pengiktirafan dan sumbangan Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi (BUDI) dalam pentas penyebaran dakwah Islamiah dan pembangunan modal insan di dalam masyarakat arus perdana. Pihak BUDI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar ini, khususnya pihak penganjur bersama yang berusaha gigih untuk merealisasikan apa yang dirancangkan.
Dengan harapan agar kerjasama ini akan membuahkan hasil yang positif dalam menyambung pelbagai aktiviti dan seminar yang lebih berkualiti. Kemaafan dipohon jika wujud kelemahan dan kekurangan dalam kerjasama ini. Semoga seminar ini mencapai objektif dan matlamatnya. Semoga Allah SWT memberikan keredhaanNya atas usaha/kerjasama ini.
Sebagai kesinambungan kerjasama berterusan, pihak kami juga menawarkan Seminar Penghayatan Tasawwuf.
Disediakan oleh:
USTAZ MOHD ABADI BIN AMIR
Pengerusi Biro Dakwah, Kursus & Seminar
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (Budi)
019-388 8083 email: dakwah.budi@gmail.com