Biro Dakwah, Kursus & Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

Jumaat, Oktober 07, 2016

AYAT MANZIL @ AYAT 33 PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH



http://www.fotor.com/Share/show?linkId=008001d0ba0743338539ddf050212c88


http://www.fotor.com/Share/show?linkId=edac3f80b05b4ab4be88afe94fcab109


http://www.fotor.com/Share/show?linkId=058f57a7f7aa42fa96cebb76b80c55e1


http://www.fotor.com/Share/show?linkId=ab5f8087423e43f1bcf03c29c137bdd2
Dicatat oleh Biro Dakwah BUDI di 10/07/2016 05:03:00 PTG
Catatan Lama Laman utama

MASA ITU EMAS

Arkib Blog

  • ▼  2016 (2)
    • ▼  Oktober (2)
      • AYAT MANZIL @ AYAT 33 PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH
      • JADUAL PENGAJIAN BULAN OKTOBER 2016 TUAN GURU DR H...
  • ►  2012 (2)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (4)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2010 (8)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2009 (48)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (11)

KALENDER HIJRAH & MASEHI

WAKTU SOLAT

PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH (P.R.I.M.)

Memuatkan ...

CURAHAN ILMU ASATIZAH

JADUAL MAJLIS TAALIM TUAN GURU DR JAHID SIDEK AL-KHALIDI

DENGARLAH KULIAH TASAWWUF


Powered by Podbean.com

PROFAIL YANG DIPERTUA BUDI


BIOGRAFI RINGKAS

YBHG DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK

(B.A., M.A. dan Ph.D. Universiti Malaya)

Yang Berbahagia Dr Hj Jahid bin Hj Sidek dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu (Kebangsaan) dan Tamat Darjah 6. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Kerajaan Johor sampai Darjah Khas dan menerima Sijil Darjah Khas yang melayakkannya untuk menjadi Guru Agama di Sekolah-sekolah Agama Johor pada tahun 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Batu 1 Jalan Mersing, Johor (dari tahun 1956 hingga 1958). Awal tahun 1959 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya, Klang dan mendapat Sijil Tertinggi Kolej Islam pada 1963.

Pada awal tahun 1964 beliau mula berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka sehingga bulan Mei, 1968. Pada awal tahun 1969 beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada awal bulan Mei, 1969. Pada Tahun 1972 beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Tasawwuf.

Pada awal bulan Januari, 1972 beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor. Pada tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya. Pada Tahun 1994 beliau dipindahkan bertugas di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya sehingga beliau bersara pada akhir tahun 1995. Pada tahun 1993 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya sehingga beliau bersara.

KEGIATAN DAKWAH

Beliau telah giat mengajar di masjid dan surau di sekitar Lembah Klang mulai dari akhir tahun 70 an lagi. Kegiatan Dakwah yang dilakukan makin rancak apabila beliau berhijrah daripada Petaling Jaya ke Kampung Melayu Sri Kundang. Di Kampung yang baru dibuka, beliau bersama-sama penduduk Kg Melayu Sri Kundang telah mendirikan sebuah surau yang kemudiannya dinaiktaraf sebagai Masjid An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang. Beliau juga pernah menjawat sebagai Nazir atau Pengerusi di Masjid tersebut selama 15 tahun. Di samping itu beliau telah mengasaskan Sekolah Agama Rakyat yang diberikan nama Sekolah Agama Rakyat An-Nur. Sekolah tersebut telah diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1998 dan sekarang menjadi Sekolah Rendah Agama di bawah JAIS. Mulai tahun 1993 beliau meningkatkan kegiatan dakwah ke beberapa buah negeri di Malaysia termasuk di negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Di Johor Bahru beliau mempunyai sebuah Madrasah iaitu Madrasah Babul Khayrat yang terletak di Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor. Di Kuantan juga beliau ada sebuah surau yang terletak di Kampung Chempaka Batu 17 Jalan Kuantan-Pekan berdekatan dengan Penjara Pernu yang diberi nama Madrasah Manaratil ‘Ilmi.

Dakwah beliau lebih tertumpu kepada Ilmu Tasawwuf dan Tarekat. Beliau juga belajar dan beramal dengan tiga aliran tarekat iaitu Naqshabandiah Khalidiyyah, Ahmadiah dan Qadariyyah.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Perunding Islam (MPI) tahun 2016. Beliau juga telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007.

Beliau telah dilantik sebagai Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dalam Bidang Perubatan Islam daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 19hb September, 2012.

Untuk meluaskan bidang dakwahnya dan bidang perubatan spiritual Islam bagi membantu masyarakat Islam dan umum, beliau telah membuka Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). Kaedah rawatan yang digunakan dikenali sebagai Kaedah Refleksologi Islam yang jarang dilakukan oleh pengamal-pengamal rawatan tradisional secara Islam. Pusat Rawatan Islam Manarah ini juga telah berkembang luas dengan tertubuhnya beberapa cawangan di seluruh Malaysia seperti di Johor Bahru, Batu Pahat, Kuantan, Dungun, Kuala Terengganu dan Miri. Pusat Operasi MANARAH terletak di Astana Budi, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Rawang Selangor Darul Ehsan. (www.primanarah.wordpress.com)

ASTANA BUDI yang dicetuskan oleh beliau telah berjaya didirikan sebagai Pusat Perlindungan Penjagaan dan Rawatan Pesakit Lelaki HIV yang beragama Islam dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). ASTANA BUDI menempatkan 30 - 40 orang pesakit dalam satu-satu masa. Perlu disebutkan mungkin pusat perlindungan inilah yang mula-mula ditubuhkan yang seumpamanya di Malaysia. Pusat perlindungan ini sangat menarik perhatian ramai terutamanya perkara yang berkait dengan rawatan refleksologi Islam yang digunakan untuk merawat pesakit di samping perubatan moden. Beliau telah dianugerahkan TOKOH PEMULIHAN AR-RIQAB oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kesungguhan dan kegigihan tersebut sempena Hari AIDS sedunia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam.

Dalam bidang ilmu dan dakwah juga beliau boleh dikatakan hampir setiap malam mengajar di Masjid dan Surau terutamanya di Lembah Klang begitu juga di Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di siang hari. Beliau juga mengajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang dan Johor.

Beliau juga sering mengadakan seminar mengenai Ilmu Tasawwuf dan Tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Berpuluh-puluh kertas kerja telah dihasilkan mengenai tasawwuf dan tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Sekarang beliau sedang menyiapkan 2 buah buku yang pertama mengenai Perubatan Refleksologi Islam dan kedua mengenai permasalahan Adab di Dalam Ilmu Tasawwuf.

Beliau telah aktif menulis di akhbar dan majalah sejak berusia 17 tahun lagi dan artikel Majalah Warta Jabatan Agama Islam Johor Majalah al-Islam, Anis, Pengasuh sehingga ke Akhbar Utusan, Kalam.

Beliau bersama murid-muridnya telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah didaftarkan tahun 2006 dan telah disenaraikan sebagai NGO Islam yang telah menerima geran tahunan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain daripada geran bantuan bulanan untuk penyelenggaraan Pusat Perlindungan ASTANA BUDI yang terletak di Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48040 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Beliau mempunyai seramai 15 orang anak daripada 4 orang Isteri. 2 orang anak beliau telah Berjaya menjadi Doktor Perubatan, seorang daripada anak beliau telah berjaya menjadi Pakar Bedah di Hospital Sg Buloh dan seorang di Hospital Putrajaya. Seorang Ph.D. di Bidang Kejuruteraan Elektrikal United Kingdom. Isteri yang pertama Ustazah, Isteri kedua, Doktor Perubatan (telah berhenti kerja) Isteri ketiga Charted Akauntan (Telah berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan sendiri) dan isteri yang ke empat seorang Hafizah.

SENARAI KERTAS KERJA TASAWWUF@SUFI@TAREKAT

  1. (01 Disember, 2012) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 3, Tajuk: “FANA’, YAQAZAH DAN KASYAF” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  2. (05 FEBRUARI, 2012) Maulidur Rasul 1433h, Tajuk: “USWAH HASANAH; CABARAN DALAM TA’ALIM, TARBIYYAH DAN TARQIYYAH”, Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah Seremban Kerjasama: Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah Kg Pondok Rasah Seremban.
  3. (03 Disember, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 2, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT DAN MASALAH DALAM PENGAMALAN ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  4. (24 Julai, 2011) Seminar Kefahaman Tarekat Tasawwuf, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP PENTING ILMU TAREKAT” Anjuran: Qolbu Solehin Consultancy, Tempat: Kompleks Perpaduan Kamunting, Kg Expo Kamunting Taiping Perak Darul Ridzuan.
  5. (14 Mei, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 1, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP DALAM ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
  6. (20hb Februari, 2011) Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H, Tajuk: “MENCINTAI RASULULLAH S.A.W”. Anjuran: Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah.
  7. (25 – 26 Mac 2007) Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir, Tempat: Dewan Abbasiah Kaherah, Mesir.
  8. (22 Disember, 2007) Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tempat: Allson Klana Resort Seremban.
  9. (25 Mac 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya Tajuk: “SUMBER ILMU DALAM TASAWWUF: PENGALAMAN PENGAMAL”. Anjuran : Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd. Tempat : Dewan Kuliah 7, N24, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
  10. (25 Mac, 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tempat: Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bharu.
  11. (10 – 11 Januari, 2004) Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE ’04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI)
  12. (09 – 10 Ogos, 2003) Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tempat: Allson Klana Resort Seremban Negeri Sembilan.
  13. (17 – 19 Ogos 2002) Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,
  14. Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
  15. Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)
  16. Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.
  17. Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
  18. Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya
  19. Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.
  20. “AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”
  21. (16 – 18 September, 1995) Forum Tasawwuf Islam Antarabangsa, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Ketua Lembaga Wakaf, Libya, Tempat: Tripoli, Libya

KERTAS KERJA BERKAITAN PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM

  1. (1 Disember, 2012) Kongres Pengubatan Islam Nusantara, Tajuk: “BEDAH BATIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Anjuran Bersama: Darussyifa’, GAPPIMA dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  2. (11 November 2012) Seminar Perubatan Islam, Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran Bersama: Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Dewan Solat Utama, Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh
  3. (20 Oktober 2012) Seminar Perubatan Islam (SEPIM) Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Masjid Parit Khodi, Muar, Johor Darul Takzim
  4. (21hb September, 2012) “SENARIO SIHIR DALAM MASYARAKAT MASA KINI”. Pembentangan Kertas Kerja III : “Perubatan Islam sebagai Benteng Diri Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah”Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia Tahun 2012 anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang bertempat di Hotel Regency, Kuala Lumpur.
  5. (14hb Julai, 2012) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah 2012 anjuran Persatuan Guru-Guru KAFA Zon C Negeri Sembilan Kerjasama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Theatrette, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan.
  6. (13hb Mei, 2012) “PENGENALAN PERUBATAN ISLAM/TRADISIONAL ISLAM”. Seminar Perubatan Islam 2012 Anjuran Bersama United Sabah Islamic Association (USIA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Utama USIA, Kota Kinabalu, Sabah.
  7. (30hb Mei 2012) Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Islam bertempat di Auditorium Perpustakaan Kampus Induk Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang Darul Makmur.
  8. (23hb FEBRUARI, 2012) “SATU PENGENALAN RAWATAN SPIRITUAL@TRADISIONAL ISLAM” dan “SIHIR SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sihir Dan Undang-Undang, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertempat di Kompleks AB, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.
  9. (20hb Oktober, 2011) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Wacana Islam Semasa: Sihir Dan Saka anjuran Seven Layer Tranning & Consultancy Sdn Bhd bertempat di Dewan Serbaguna Podium B Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
  10. (07 Oktober 2011) “PROGRAM DISKUSI ILMIAH BERKAITAN DENGAN SIHIR” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) bertempat di Auditorium Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.
  11. (07hb Mei, 2011) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHAS SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kefahaman Aqidah anjuran Pejabat Agama Daerah Setiu bertempat di Dewan Teater, Kolej Pendidikan Bestari Setiu, Terengganu.
  12. (06hb Mac, 2011) DISKUSI PERUBATAN ISLAM anjuran Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Kuliah USIM.
  13. (11hb Oktober, 2010) “SIHIR DAN BAHAYANYA TERHADAP MANUSIA DAN KEHIDUPAN MEREKA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir, anjuran Kolej Antarabangsa IKIP dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang Dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Yayasan Pahang.
  14. (11hb Julai, 2010) “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemantapan Aqidah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan AMAL Malaysia bertempat di Auditorium Pustaka Miri, Sarawak.
  15. (21 Februari 2010) “SAKA, SIHIR SANTAU: KESAN & RAWATAN”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk Halus anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bertempat di Dewan Utama USM Kubang Kerian.
  16. (27hb Jun, 2009) Kertas Kerja telah dibentangkan di Seminar Rawatan Islam yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  17. (01hb April, 2009) TALKSHOW PERUBATAN ISLAM anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Auditorium USIM.
  18. (03hb Mac, 2008) “GANGGUAN JIN/MAKHLUK HALUS KE ATAS MANUSIA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) bertempat di Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
  19. (03hb Februari, 2008) “SAKA: KESANNYA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas Kerja dibentangkan di dalam Seminar Rawatan Islam anjuran Anjuran IQ Insan Training & Consultancy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.
  20. (05hb Januari 2008) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, anjuran IQ Insan Training Dan Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara.
  21. (Disember, 2007) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran anjuran Jabatan Al-Quran dan Sunnah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
  22. (25hb Mac 2007) “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Kertas kerja dibentangkan di dalam Seminar Perubatan Islam & Tasawwuf anjuran Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia dan Jawatankuasa Penghuni Dewan Abbasiah Kaherah Dengan Kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yayasan Pahang dan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah, Mesir.
  23. (25hb Disember, 2005) “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sehari Metafizik Islam 1 anjuran Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN) bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  24. (05hb Mei, 2004) “PANDUAN AMALAN PERUBATAN DALAM ISLAM”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam Anjuran Sekolah Pengurusan Dakwah, ILDAS bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor.
  25. (04hb Julai 2002) “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur.

INTERAKSI

PROFAIL PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)

Nama Persatuan :

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

No. Pendaftaran :

0701-06-Sel (No. Ppm Sel001469/05 (2) No. Ppp Sel000288/5)

No. Akaun :

14-023-01-003574-7 Bank Islam Malaysia Berhad

Tarikh Ditubuhkan :

07 Jun 2006

Alamat Persatuan :

C-25, Kampung Melayu Seri Kundang, Tasik Biru, Kuang,

48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Senarai Ahli Jawatankuasa Budi

 

Yang Dipertua

YBhg Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek

 

Naib Yang Dipertua

YBhg Tuan Haji Rasdi Bin Hj Abdul Kadir

 

Setiausaha

YBhg Tuan Haji Mohd Yusof Bin Abd Rahman

 

Penolong S/U

YBhg Encik Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

 

Bendahari

YBhg Tuan Haji Yahya Bin Hj Ahmad

 

 

Ahli Jawatankuasa

Encik Mokhtar Bin Mohamad Zahudi

Ustaz Mahyuddin Bin Ismail

Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mohd Ramli

Tuan Haji Roslan Bin Zainal

Tuan Haji Burhan Bin Abdullah

Encik Yusof Bin Osman

Ustaz Haji Ab Razak Bin Abu Musa Saari

Ustaz Ahmad Baha’ Bin Mokhtar Al-Hafiz

Ustaz Mohd Abadi Bin Amir

Tuan Haji Mohd Mansur Gunasegar Abdullah

Tuan Haji Musai Bin Dol

Tuan Haji Idris Bin Hussin

Ustazah Nur Nitrah Binti Haji Nor Shafian

 

Pengerusi Biro Kewangan

Hj Yahya Bin Hj Ahmad

 

Naib Pengerusi Biro Kewangan

Shahrizal Bin Abd Aziz

 

Biro Keahlian

Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Hamid

 

Biro Ekonomi

Tuan Haji Mohd Masur Gunasegar Abdullah

 

Biro Pembangunan Kompleks Persatuan

Tuan Haji Roslan Bin Zainal

 

Biro Dakwah Kursus Dan Seminar

Ustaz Mohd Abadi Bin Amir

 

Biro Kebajikan Ahli-Ahli

Tuan Haji Mohd Musai Bin Dol

 

Biro Perubatan

Ustaz Haji Abd Halim Bin Mohd Ramli

 

Biro Wanita

Ustazah Nur Nitrah Bt Haji Nor Safian

TUJUAN/MATLAMAT

TUJUAN/MATLAMAT

1. Bekerjasama Dengan Pihak Kerajaan Dan Swasta Serta Badan-Badan Sukarela Untuk Menjalankan Aktiviti Membantu Masyarakat Di Dalam Mengatasi Masalah Sosial

2. Membantu Masyarakat Yang Memerlukan Bantuan Dalam Bentuk Yang Bersesuaian.

3. Mengadakan Kursus-Kursus Motivasi Yang Bersifat Keagamaan Dan Akhlak Secara Berkala Kepada Masyarakat Islam Dengan Syarat Mendapat Kebenaran Pihak Berkuasa Berkaitan.

4. Menggalak Dan Menyedarkan Masyarakat Agar Menjadi Masyarakat Berilmu Dengan Budaya Rajin Membaca.

5. Menjalankan Aktiviti-Aktiviti Untuk Menambahkan Dana Persatuan Bagi Mencapai Objektif Dengan Syarat Mendapat Kebenaran Bertulis Daripada Pihak Berkuasa Berkaitan.

6. Untuk Membeli, Memajak, Menyewa Atau Memiliki Hartanah Untuk Kegunaan Pertubuhan Selaras Dengan Tujuannya.

7. Menerima Sumbangan Dari Pihak Kerajaan, Swasta Dan Orang Ramai Untuk Persatuan Menjalankan Aktiviti Selaras Dengan Objektifnya.

8. Untuk Menjalankan Perniagaan Dengan Syarat Semua Wang Dan Keuntungan Yang Didapati Oleh Pertubuhan Ini Hasil Dari Penyertaannya Dalam Mana-Mana Perniagaan Akan Digunakan Semata-Mata Untuk Melanjutkan, Memajukan Dan Menjalankan Tujuan-Tujuan Pertubuhan Ini, Dan Tidak Sebahagian Pun Daripada Wang Atau Keuntungan Itu Akan Digunakan Untuk Membayar Faedah, Keuntungan Atau Bonus Kepada Sebarang Ahli Pertubuhan. Sungguhpun Begitu, Peruntukan Ini Tidak Menghalang Sebarang Pembayaran Yang Dibuat Dengan Tujuan Baik Untuk Membayar Gaji Atau Perbelanjaan Atau Kedua-Duanya Sekali Kepada Sebarang Ahli Atau Pekerja Pertubuhan Ini.

AKTIVITI DAN PROGRAM BIRO

BIRO DAKWAH, LATIHAN & SEMINAR

1. Seminar Perubatan Islam & Penghayatan Tasawwuf Di Kaherah Mesir

2. Seminar Perubatan Islam Siri 1, 2 dan 3 secara percuma 20 lokasi. (SEPIM)

3. Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki dan Wanita

4. Kursus Penghayatan dan Pemantapan Islam

5. Perhimpunan Ahli Setiap Minggu Jumaat Malam Sabtu (Solat berjemaah dan Tahlil)

6. Kuliah Bulanan Setiap Khamis Malam Jumaat Minggu ke 3

7. Forum Maulidur Rasul dan Ceramah Hari Kebesaran Islam.

8. Memenuhi Undangan Ceramah/Seminar anjuran pelbagai pihak Kerajaan, Swasta, Universiti, Masjid, Surau dan Kilang.

9. Kursus Pemahaman Solat dan Khusyuk Dalam Solat

10. Mengeluarkan bahan ilmiah bagi ahli dan Menyediakan jadual program dakwah.

11. Menghantar Wakil BUDI ke Seminar-Seminar Ilmiah bagi menambahkan kefahaman.





SEMINAR KAEDAH PERUBATAN REFLEKSOLOGI ISLAM

Seminar ini mengandungi penerangan dan pendedahan berhubung satu kaedah yang diambil daripada al-Quran dan Sunnah serta amalan para ulama' Islam. Diadun dengan ramuan ayat al-Quran berhubung hukuman kepada penzina belum berkahwin ditambah dengan hadith nabi berhubung kaedah nabi merawat serta dimurnikan dengan pengalaman pengasas Pusat Rawatan Islam MANARAH selama 18 tahun merawat pelbagai jenis penyakit dan pesakit, maka terhasillah satu kaedah rawatan yang mengandungi Doa, Dhikrullah dan sebatan yang insyallah begitu berkesan serta mampu menyembuhkan serta merawat manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH (P.R.I.M.)



PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH (P.R.I.M.)


Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan

PUSAT RAWATAN DIBUKA SETIAP HARI DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG



* Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, Pengasas & Pakar PRIM (019-384 5666)

* Ustaz Hj Abdul Halim Bin Mohad @ Ramli,
Pengerusi Biro Perubatan BUDI (013-260 8248)

* Ustaz Hj Ahmad Daud bin Gerahini,
Pengurus PRIM Pusat (012-205 2827)

* Prof Madya Roslani, Perawat Terlatih (019-322 2324)

* Ustaz Musyafian, Perawat Terlatih (017-275 9989)



Peringatan Penting: Sila buat temujanji untuk rawatan dan khidmat rundingan di PRIM cawangan seluruh Malaysia. Rawatan hanya dijalankan dengan temujanji di semua cawangan PRIM. Berikut adalah sebahagian cawangan PRIM di seluruh Malaysia:



Cawangan PRIM di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Ustaz Syed Hadzrullatifi (019-9347600) Perawat Terlatih

Ustaz Abd Aziz (019-9567786) Perawat Terlatih

Cawangan PRIM di Dungun, Terengganu Darul Iman
Ustaz Mokhtar Zahudi (013-9839001)
Ustaz Suhaimi (019-9067848)
Cawangan PRIM di Kuantan, Pahang Darul Makmur

Yang Berbahagia Tuan Hj Rasdi Bin Abdul Kadir, Timbalan Yang DiPertua BUDI (019-959 1949)

Ustaz Mahyuddin (019-9800573) Perawat Terlatih



Cawangan PRIM di Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Ustaz Haji Bahrol Bin Badron (012-7365332) Perawat Terlatih



Cawangan PRIM di Johor Bharu, Johor Darul Takzim

Ustaz Suhaimi (013-9320289) Perawat Terlatih

Cawangan PRIM di Miri, Sarawak Ustaz Syahrun (013-8012238)

SEMINAR PENGHAYATAN TASAWWUF @ TARIQAH

Seminar ini tercetus daripada Penganjuran Simposium Tasawwuf Kebangsaan oleh Dr Burhanuddin Helmi dan pernah juga dianjurkan oleh PUSAT ISLAM saban tahun satu masa dahulu. Ia juga diilhamkan bersumberkan pengalaman menganjurkan Seminar Tasawwuf Kebangsaan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula tahun 2007. Seminar ini akan membincangkan pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung amalan tasawwuf atau tariqah di Malaysia serta berusaha memurnikan kefahaman pengamal dan peminat serta pengkaji berhubung perjalanan amalan tasawwuf dan tariqah. Ia juga berusaha membuka dinding dan tabir yang menutupi umat Islam, sebahagian ulama' dan cendikiawan Islam serta Jabatan Agama, Mufti yang memandang tasawwuf atau tariqah sebagai sesat. Juga mengajukan kaedah tasawwuf dan tariqah dalam memelihara Aqidah Islamiah dan akhlak Umat Islam.



SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2009

Seminar Paling Hangat 2007 dan 2008... seminar yang telah berjaya dianjurkan hampir 28 kali di berlainan lokasi dalam dan luar negara. Seminar ini telah berjaya dianjurkan di Dewan Abassiah, Kaherah Mesir pada tahun 2007 dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di sana.

Seminar telah berjaya dianjurkan bersama di peringkat Universiti, Kilang, Masjid, Surau dan Jabatan Kerajaan serta Swasta. Di antaranya:

1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru

3. Masjid al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam

4. Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya

5. Masjid al-Makmuriah, Kg Sg Kayu Ara, Damansara

6. Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya

7. Masjid Hidayatul Muttaqin, Kg Bukit Lancung, Shah Alam

Penganjuran SEPIM terkini adalah bulan Mac 2009 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Muar dan Masjid at-Taqwa Miri Sarawak.

Seminar setengah hari yang bermula 8.30 pagi dan berakhir 12.45 tengahari berjaya menarik hampir 2,800 orang peserta di 28 lokasi program. Seminar ini mengandungi pelbagai tajuk berkaitan isu dan masalah berhubung Perubatan Islam yang menjadi persoalan dan kekeliruan kepada umat Islam. antara tajuk yang dibentangkan ialah:

1. Jin Atau Syaitan: Hubungannya Dengan Pelbagai Gangguan Kesihatan Manusia.
2. Methodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam
3. Menurun: Kebenarannya Menurut Islam
4. Sihir: Ciri-Cirinya, Kaedah Rawatan Dan Amalan Pendinding
5. Saka: Kesannya Dan Cara Merawatnya
6. Kombinasi Pukulan, Zikrullah Dan Doa: Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Penting

Seminar bertemakan

“Menjauhi Amalan Syirik Dan Memelihara Aqidah Dalam Usaha Merawat Dan Mengubati Pelbagai Penyakit”



SENARAI TAJUK-TAJUK KERTAS KERJA YANG PERNAH DIBENTANGKAN

SEBAHAGIAN TAJUK KERTAS KERJA DALAM BIDANG TASAWWUF/AHKLAK

1. Perhimpunan Tarekat-Tarekat Seluruh Dunia, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Kerajaan Libya, Tempat: Tripoli, Tarikh: 1980 an.

2. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007

3. Dalam Seminar Tasawwuf 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tarikh: 22 Disember, 2007.

4. Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarikh: 9-10 Ogos, 2003.

5. Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tarikh: 17 – 19 Ogos 2002.

6. Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE '04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI) Tarikh: 10 – 11hb. Januari, 2004.

7. Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tarikh: 25 Mac, 2005.

8. Seminar Kefahaman Tasawwuf, Tajuk: “KEDUDUKAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Tarikh: 25 Mac, 2006

9. Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

10. Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)

11. Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.

12. Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

13. Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya

14. Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.

15. “KEPENTINGAN TAREKAT DALAM MENINGKATKAN ILMU DAN AMAL”

16. “AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”



SEBAHAGIAN KERTAS KERJA DALAM BIDANG RAWATAN @ PERUBATAN ISLAM



1. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007.

2. Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, Tajuk: “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM” Anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti. Tarikh: 4 Julai 2002

3. Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam, Tajuk: “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM” Anjuran: Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang Sabak Bernam.

4. Seminar Mengubati Manusia Dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam. Tajuk: “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”, Anjuran: Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN), Tarikh: 25 Disember 2005

5. Seminar Rawatan Islam, Tajuk: “SAKA: KESAN DAN CARA MERAWATNYA”, Anjuran: IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Tarikh: 2 Februari 2008

6. Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, Tajuk: “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”, Anjuran IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Tarikh: 5 Januari 2008.

7. Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, Tajuk: “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”, Anjuran Jabatan Al-Quran dan Sunnah Akademi Pengajian Islam Universtiti Malaya, dengan kerjsama: IQ Insan Training & Consultancy. Tarikh: Disember 2007.

8. Dan lain-lain.





Disediakan oleh:



USTAZ HJ MOHD ABADI BIN AMIR

Pengerusi Biro Dakwah, Seminar & Latihan

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)





JUMLAH PENGUNJUNG

blog counter
blog counterDiseño WebDiseño Web Sevilla

Pengikut

Hubungi dan Kenali Kami

Foto saya
Biro Dakwah BUDI
Astana Budi, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Bertanggungjawab menganjurkan program dan aktiviti biro serta bekerjasama dengan mana-mana jabatan kerajaan, swasta, agensi, masjid dan lain-lain untuk menganjurkannya. Kepada yang berminat sila hubungi kami melalui Setiausaha, YBhg Tuan Hj Yusuf Bin Abdul Rahman di talian 019-3514667 atau emailkan ke binabudi@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

My Favourites Links:

  • Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
  • Pusat Perlindungan HIV ASTANA BUDI
  • Pusat Rawatan Islam MANARAH
  • Facebook Dr Jahid Sidek
  • Websites Dr Jahid Sidek
  • http://www.primanara.blogspot.com
  • http://www.istanabudi.blogspot.com
Pihak kami juga mengalu-alukan SUMBANGAN/DERMA dalam bentuk wang ringgit dan hebahan melalui email atau blog dan lain-lain bagi melicinkan pelaksanaan dan penganjuran seminar dan aktiviti biro. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 14-023-01-003574-7 PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA

Notis Hak Cipta Terpelihara

© BIRO DAKWAH, KURUS & SEMINAR

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan dan gambar yang dimuatkan di blog ini perlulah mendapatkan keizinan daripada BIRO DAKWAH, KURSUS & SEMINAR atau sila letakkan rujukan pengambilan daripada blog ini.
Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh mammuth. Dikuasakan oleh Blogger.