Ahad, Mei 03, 2009

Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah


Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah 

Kota Bharu 14 Mei - Jabatan Mufti telah mengadakan satu Program Taklimat Enakmen Tarekat Tasawwuf Kepada AJK Fatwa Dan Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah pada 12 hingga 14 Mei 2006. Objektif program ini ialah untuk menjelaskan fungsi dan peranan anggota Jilsah Turuq Sufiyyah berikutan perlaksanaan Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan ) 2006. Ia juga bertujuan untuk memperincikan fungsi anggota ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri berikutan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama islam (Negeri Sembilan) 2003. Objektif lain ialah untuk mempertemukan anggota Jawatankuasa Fatwa dengan anggota Jilsah Turuq Sufiyyah di samping untuk melihat perkembangan Tarekat Ahmadiah di Kelantan.
   
Antara anggota Jilsah Turuq Suffiah yang dijemput termasuklah Y.Bhg Dato' Mohd Yusof b Haji Ahmad (Ahli Majlis agama islam Negeri sembilan), Y.Bhg Dr. Uthman El-Muhammadi, Y.Bhg Dr. Jahid Sidek (Bekas pensyarah UM), Y.Bhg Dr. Sulaiman Bin Ibrahim Al-Baruhi (pensyarah UKM) dan Y.Bhg Dr. Abd Manam b Mohammad (pensyarah Universiti Darul Iman, Terengganu). Manakala Ahli Jawatankuasa Fatwa yang hadir ialah Y.Bhg Dato' Borhan b Hashim, Y.Bhg Ustaz Jamil b Abd Wahab, Y.Bhg Ustaz Ahmad Labib b. Haji Mohd Yusof, Y.Bhg Ustaz Mohd Zaidi b. Ramli dan Y.Bhg Ustaz Abd Manas b. Md Isa. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.B Pn. Ilani bte Mohamed Ibrahim (Penasihat Undang-undang Negeri).
Sementara pegawai-pegawai kanan kerajaan yang turut serta ialah Y.Bhg En Selamat bin Paigo (Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan) dan Y.Bhg En. Kamal Amran bin Kamarudin (Pemangku Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus).

Selain itu, turut diadakan Majlis Penyerahan Tauliah kepada anggota Jilsah Turuq Sufiyyah. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Y.B S.S Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohd Murtadza b. Hj. Ahmad . 

Pada majlis ini, beberapa kertas kerja dibentangkan. Antaranya ialah Masa Depan Tarekat di Negeri Sembilan yang telah dibentangkan oleh Y.Bhg Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Enakmen Tarekat Tasawwuf : Fungsi Pendaftar, Jilsah Turuq Sufiyyah, Jawatankuasa Fatwa dan Syeikh Tarekat Tasawwuf oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Zaki b Haji Hamzah dan Senarai Kesalahan di dalam Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2006 oleh Ustaz Mohd Fadzil b Haji Abu Kassim (Ketua Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JHEAINS)
http://www.ns.gov.my/mufti/index.php?option=com_content&task=view&id=90&Itemid=2