Jumaat, Oktober 30, 2009

Seminar Pendidikan Islam (SPI) 2009 @ Auditorium Pustaka Miri Sarawak

Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi selaku Pembentang ke 2

Sebahagian Peserta yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut

Pengerusi Majlis memberikan laluan kepada Pembentang dan Peserta Dalam Sesi Soal Jawab

YBhg Ustaz Syed Hadzrullatfi Bin Syed Omar, Pembentang Pertama

Sebahagian Peserta Muslimat/Perempuan yang Menghadiri Seminar Pendidikan Islam ini

Peserta Lelaki Khusyuk mendengar pembentangan Kertas Kerja

Miri,Sarawak 25 Oktober, 2009 (Ahad). Panatia Pendidikan Islam Sek Kebangsaan Jalan Bintang, Miri, Sarawak telah menganjurkan dengan jayanya Seminar Pendidikan Islam (SPI) 2009 bertempat di Auditorium Pustaka Miri dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dan PIBG SK Jalan Bintang.

Seminar yang disertai hampir 200 peserta tersebut mendapat sambutan dan memberikan kefahaman dan ilmu dalam memahami Pengertian Khusyuk dan Pengubatan Hati@Jiwa Serta Bagaimana Kesannya Dalam Pendidikan dan Tarbiyyah ke atas pelbagai lapisan umur manusia. Pihak BUDI juga merakamkan setinggi penghargaan kepada 22 orang ahli BUDI yang diterbangkan khas dari Semenanjung (Terengganu dan Selangor) yang sudi hadir ke Seminar tersebut. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Ustaz Syahrun di atas jemputan dan jalinan kerjasama Panatia Pendidikan Islam dan BUDI. Juga kesudian Ustaz yang melayan dan memenuhi pelbagai ragam ahli BUDI.

Pembentang Kertas Kerja 1 Bertajuk "Sembahyang Yang Khusyuk" ialah YBhg Ustaz Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar, (B.A. Universiti al-Azhar Mesir, M.A. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ph.D Universiti Malaya) Beliau merupakan seorang Pensyarah Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Darul Iman Kampus KUSZA Terengganu. 
Pembentang 2 Bertajuk :Kesantunan Nafsu & Kemurnian Hati Mengangkat Darjat Diri" ialah Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, (B.A., M.A. dan Ph.D Universiti Malaya). Beliau merupakan Mantan Pensyarah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) dan juga Yang DiPertua BUDI.
24hb Oktober, 2009 (Sabtu) Yang DiPertua BUDI dan ahli BUDI diundang untuk menghadiri Ceramah Khas @ Kuliah Maghrib yang diadakan di Masjid Pulau Melayu begitu bermakna dan memberikan peluang para jemaah memahami berhubung Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh Yang DiPertua BUDI. Semua jemaah dijamu dengan jamuan makan malam yang menyelerakan.