Jumaat, Oktober 30, 2009

Seminar Rawatan Islam @ Maahad Tahfiz Darul Quran JAKIM


Kuala Kubu Bharu, 27hb Jun, 2009 (Sabtu). Yang DiPertua BUDI, Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi telah dijemput untuk memberikan dan membentangkan Kertas Kerja di Seminar Rawatan Islam yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran JAKIM. Seminar tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di institusi tersebut dan terdapat juga pelajar sekolah dan orang awam yang hadir bagi mengikuti seminar tersebut. Dianggarkan lebih 200 peserta menghadirinya.
YDP BUDI yang turut hadir juga diajukan pelbagai soalan yang berkaitan perubatan, peserta juga diberikan peluang menjalani Kaedah Rawatan (Demonstrasi) dan ujian tahap kesihatan. Seramai 12 orang ahli BUDI turut serta mengikuti seminar tersebut dan membantu memberikan demonstrasi rawatan dan ujian tahap kesihatan kepada para peserta.