Sabtu, Oktober 31, 2009

UZBEKISTAN 17 - 24 Jun 2009 - Naqshabandi Sufi Order Visit



Tashkent, Uzbekistan, 17 - 24 Jun, 2009. Seramai 75 orang ahli Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) diketuai oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi, Yang DiPertua BUDI telah menjelajah ke pelusuk Negara Uzbekistan yang merupakan bekas jajahan Kesatuan Soviet @ Russia. Bermula di Bandar Tashkent  kemudian ke Bandar Bukhara dan Samarkand dan kembali semula ke Ibu Negara Uzbekistan iaitu Tashkent.
Objektif rombongan tersebut adalah untuk melihat perkembangan Islam dan umatnya dengan bertukar-tukar pandangan bersama para ulama' Uzbekistan. Pertemuan bersama Imam Khatib dan Timbalan Mufti memberikan pelbagai pengalaman dan input untuk ahli. Tidak lupa juga rombingan turut menziarahi Kesan peninggalan Shaikh Baha'uddin Naqshabandi yang merupakan pendiri tariqah Naqshabandiyyah di kompleksnya yang menempatkan masjid, pejabat, hotel penginapan dan maqam shaikh tersebut. Begitu juga 18 orang ulama' terkenal di Uzbekistan yang juga merupakan salasilah tariqah Naqshabandi.
Bukhara adalah merupakan tempat terletaknya Kompleks Imam Bukhari yang menempatkan Masjid, Pejabat Pentadbiran dan Maqam Imam Bukhari yang terkenal. Selain Imam Bukhari terdapat maqam Qussam Ibnu Abbas, Imam Tarmizi dan lain-lain.
Perjalanan secara detail akan kami muatkan di dalam blog ini tidak lama lagi.